Thursday, January 28, 2010

Gambar Gotong Royong..Menyemai Semangat Berjiran




Gambar ini diambil sewaktu majlis "menyambut menantu" ibu saudara saya...Gambar2 ini blh digunakan untuk pelajaran Adab Berjiran. harap ia dapat membantu sahabat2 semua.

Wednesday, January 27, 2010

Tuesday, January 26, 2010

Sunday, January 24, 2010

Saya..

Hari ni, 1 day kat umah...sunyi dalam keriuhan ;( rindu dengan keriuhan kelas dan kawan2. debaran makin terasa, erm...berdebar2 rasanya nak menempuh dunia baru kat sekolah nanti. SMSTengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan chepa. Tadi surf internet cari pasal sekolah ni, sangat hebat...Harap saya mampu menghadapi pelajar2 nanti. nasib baik bersama cik mar...dia la penguat semangat saya hehehe.. rindu nak dengar suara dia bercerita...
Hari ni saya jadi cikgu yang sangat rajin membaca hehehe ;) baca buku teks PAI Form 2... Masa sekolah dulu tak sempat habis baca ( takut punya pasal..)
Doakan saya ye SAHABAT2... Thanks.

Sahabat...
7 bulan bersama
pelbagai ragam dan cara
pelbagai kata dan rasa
aku kau dan mereka..
punya pemikiran tersendiri
kata ku begini katamu begitu kata mereka macam2 ada...

sahabat
diawal perkenalan..terasa lambat masa berlalu
namun kini 7 bulan bagai semalam baru bermula..
dari perkenalan pertama kita bina hubungan..
kasih sayang cinta terbina
sedih duka gembira bahagia kita tetap bersama...
menempuh dugaan dalam pelajaran
untuk membina keyakinan dalam pengajaran...

sahabat....
tanpa kalian
bagaimana mungkin dapat aku
meneruskan perjuangan ini
terima kasih atas dorongan sokongan semangat dalam perjuangan ini
kasih sayang cinta yang terbina harap kekal selamanya...
SELAMAT BERJUANG TERUSKAN PERJUANGAN @~<<<

QasehAkma

Friday, January 22, 2010

Slide Presentation: Adab Berjiran Tingkatan 1

Ini adalah salah satu slide presentation yang dapat saya postkan. Kepada sahabat2 yang mahu gunakan sebagai bahan P&P silakan ye...
Jika ada sebarang pembetulan atau kekurangan sila komen dan jika sahabat2 ada bahan yang lain minta beritahu ye. TQ

Adab Berjiran
View more presentations from akmaderahman.



Bicaraku tanpa suara...

Assalamualaikum... entah mengapa disaat begini aku belum mampu menutup mata merehatkan minda..sehari bersama Mar menghayun langkah ke kota batu Kuala Lumpur, konon mahu mencari bahan untuk dimuatkan ke dalam blog ini, namun hampa ;)...yang dihajati tak kesampaian aku melencong jauh ke Klang bertemu rakan seperjuangan dahulu di BT. setelah 10 bulan meninggalkan rakan disana, seronok bertemu meluah rindu mendengar berita terkini masing2. Kenangan "pahit" yang cukup indah sebagai pengajaran hidup untuk aku jadikan panduan dalam mendidik anak2 tercinta.

Bicara tanpa suara....aku mudah begini.. Mungkin kerana aku kakak yang banyak mengalah, aku kakak yang mahu memudahkan emak ayah, aku kakak yang garang membimbing adik, segala yang terbuku kuluahkan tanpa suara. Bimbang andai kata mengguris rasa, Bimbang andai bicara menambah duka... akulah pendengar setia untuk semua.

Hari2 terakhir sebelum memulakan praktikal, mengimbau kenangan bersama sahabat2...tersa sekejap hari berlalu, terkadang terfikir bersediakah aku??? namun apa yang pasti, aku harus hadapinya... SAHABAT, bersama kita berjuang mendidik anak2 menjadi manusia yang "manusia"....sama2 kita berdoa moga perancanganNYA sentiasa siring dengan perancangan kita.
AMIN>>>

Wednesday, January 20, 2010

Movie Maker Project :Adab Menjaga Fitrah Lelaki & Perempuan

Ini adalah video yang dihasilkan oleh kumpulan saya Pn Ita, Pn Sri & saya Akma. Video ini boleh digunakan untuk pengajaran Tingkatan 1: Adab Menjaga fitrah Lelaki & Perempuan. Diharap video ini akan dapat membantu sahabat2 semua.


Monday, January 18, 2010

CERITA 2 : KISAH SI PEMALAS DAN ABU HANIFAH

KISAH SI PEMALAS DAN ABU HANIFAH

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."
Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, "Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, tetapi berusahalah terus."
Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin,sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika tidak, akan lebih sengsaralah hidupku." Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya.
Orang itu terlalu riang lantas terus membukanya.Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk kesenangan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Oleh itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."
Sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar. Selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha. Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.

PERKAITAN DENGAN ISI
1. Pelajaran Tingkatan 2, Bab 20: Kerajinan
2. Kerajinan adalah asas kepada kejayaan. Ia dituntut oleh syarak dan perlu dipraktikkan dalam hidup setiap Muslim.
3. Allah bersabda dalam surah ar-Rad: 11, yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka”.

PENGGUNAAN DALAM PENGAJARAN
1. Boleh digunakan sebagai set induksi untuk memulakan pelajaran bab “KERAJINAN”.
2. Boleh juga dijadikan contoh untuk sub topik: ciri-ciri orang yang malas atau akibat malas.

CERITA 1: PENGORBANAN SUCI

Syeikh Abdul Kadir semasa berusia 18 tahun meminta izin ibunya merantau ke Baghdad untuk menuntut ilmu agama. Ibunya tidak menghalang cita-cita murni Abdul Kadir meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan sendirian beratus-ratus batu. Sebelum pergi ibunya berpesan supaya jangan berkata bohong dalam apa jua keadaan. Ibunya membekalkan wang 40 dirham dan dijahit di dalam pakaian Abdul Kadir. Selepas itu ibunya melepaskan Abdul kadir pergi bersama-sama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad.
Dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh 60 orang penyamun. Habis harta kafilah dirampas tetapi penyamun tidak mengusik Abdul Kadir kerana menyangka dia tidak mempunyai apa-apa. Salah seorang perompak bertanya Abdul Kadir apa yang dia ada. Abdul Kadir menerangkan dia ada wang 40 dirham di dalam pakaiannya. Penyamun itu hairan dan melaporkan kepada ketuanya. Pakaian Abdul Kadir dipotong dan didapati ada wang sebagaimana yang diberitahu.
Ketua penyamun bertanya kenapa Abdul Kadir berkata benar walaupun diketahui wangnya akan dirampas. Abdul Kadir menerangkan yang dia telah berjanji kepada ibunya supaya tidak bercakap bohong walau apa pun yang berlaku. Apabila mendengar dia bercakap begitu, ketua penyamun menangis dan menginsafi kesalahannya. Sedangkan Abdul Kadir yang kecil tidak mengingkari kata-kata ibunya betapa dia yang telah melanggar perintah Allah sepanjang hidupnya. Ketua penyamun bersumpah tidak akan merompak lagi. Dia bertaubat di hadapan Abdul Kadir diikuti oleh pengikut-pengikutnya.

PERKAITAN DENGAN ISI
1. Tingkatan 1, Bab 31- Bercakap Benar
2. Berkata benar adalah satu kekuatan yang boleh memberi keinsafan kepada orang lain.

PENGGUNAAN DALAM PENGAJARAN
1. Permulaan kelas sebagai intro/ set induksi untuk memulakan pengajaran “BERCAKAP BENAR”.
2. Boleh digunakan dipertengahan kelas sebagai contoh kelebihan berkata benar.