Monday, January 18, 2010

Kuiz Analitikal : Pendidikan Islam

1. Anda telah mengikuti satu perkhemahan di sebuah hutan. Dalam salah satu aktiviti anda dan seorang rakan telah tersesat. Waktu zuhur telah hampir tamat, anda membuat keputusan untuk menqadakan solat zuhur anda. Bolehkah anda menqadakan solat anda?

Jawapan:

Tidak boleh qada solat kerana solat yang boleh diqada hanyalah jika seseorang itu
• tertidur atau
• terlupa sahaja.

Jadi, perlu mendirikan solat seperti biasa walau dalam apa keadaan sekalipun selain dari beberapa keadaan yang dirukhsahkan. Contohnya, musafir yang bertujuan baik melebihi 2 marhalah dan orang sakit. Namun begitu, mereka masih perlu menunaikan solat tetapi dengan cara yang telah ditetapkan oleh syarak.

No comments:

Post a Comment